Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, December 13, 2010

CHILDHOOD




Gambor waktu kecik2....masa ni....qasanya around 87 to 90. Ada satu gambar masa baby.
Seronok masa ni...gambar ni dihantar oleh kak nana. Actually nak masuk contest..tu yg mintak tu. Tapi nampak cam tak cun ja....maleh la...

imi..nanti aku upload gambaq masa kita kuquih keding....cam penagih dadah...dok qenyeh kat pintu dapoq...he!!he!!!he!!!

Tuesday, December 7, 2010

I’M NOT Ê ONLY ONE

SALAM MAAL HIJRAH 1432H. Aku harap penghijrahan yang aku buat ini berkekalan. Amin....

Hari ni cuti. Bestnya...Awal Muharam. Tapi laki aku tetap kena qeja. Takpalah..dia caqi duit. Kak Linda mai petang ni...thanx kak linda for everything. Tak tahu camna nak balas budi baik kakak2 aku..

Talking about life...tak semua org bernasib baik dan tak semua org tak bernasib baik. Kadang2 kita ingat hidup kita lah yang paling susah...tapi, qupanya ada jugak org yang senasib ngan kita. Aku tersedar bila someone remind me...dan tiba saat ini aku harus menerima apa yang telah ALLAH tentukan untukku...AKU REDHA....

Tuesday, November 30, 2010

RENUNGAN

"Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu lalai dan leka dalam menjalani perintahMu...tunjukkanlah aku jalan yang Kau redhai. Amin"

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..

Wa'allahualam

Thursday, November 25, 2010

RENUNGAN

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.


1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.


Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Tuesday, November 23, 2010

BEFORE AND AFTER

BEFORE

Masa ni..nak pegang pun takut. Kalau tak silap berat Irsyad 2.095kg dan Ihsan 1.995kg. Mungkin sebab satu plasenta..jadi mkn pun sapa cepat dia dpt la…



AFTER

Ha...ni gambaq masa umoq masuk 3 bulan. Alhamdulillah, dah sedap pegang pun...berat Ihsan (abg) 5 kg..Irsyad (adik) 5.25kg..hmmm.....seronok pulak ada twin..qasa cam nak tambah lagi ja...wah!!!!mak dah surrender dah..tak mau jaga cucu..next year tahun dia nak buat ibadat lebih2....



Tuesday, November 2, 2010

ONCE IN A WEEK

Salam…Minggu ni agak kelam kabut sebab bonda tak dak. Balik kampung. So terpaksa settlekan twin sorang2. Kalau ada bonda boleh la jugak bahagi soqang satu.

He!he! By the way, minggu ni qumah aku sunyi..maklumlah AJK tak mai..

Menyetelkan 3 anak..hmm…quite stress, quite interesting, quite kelakar. Lucky, Nafiz tak meragam sangat. Ihsan dgn Irsyad pun…kiranya aku berjaya manage 3 org anak. Sempat masak lunch, kemas umah, basuh kain….ha!!ha!!!I’m a superwoman….

Wednesday, October 20, 2010

Friday, October 15, 2010

MALAIH BEBENOR

Tgk jam hp kul 5pg. Alamak dah nak kena mangkit. Nak prepare nak pi qeja…maleh betui la nak pi..qasa nak amik EL ja. Hubby tak bagi pulak. Dia tak suka kut aku duk qumah…yala!!Satgi dia nak kena jadi drebar aku ..maklumlah aku mesti nak ajak dia keluaq beli baqang. Nama pun pompuan..mestilah nak kena beli baqang2 dapoq. Oqg laki apa tau..tau order ja…baik nak makan, nak minum, nak pakai baju…

Talking about qeja..qamai yg nak beqenti. Termasuk la aku.. tapi tak dak rezeki tempat lain lagi….cam na ni…

Nak kena la caqi qeja lain, gaji tak cukup. Expenses dah naik takkan nak haqap dekat mak kut…tgklah mcm mana nanti.

Thursday, October 14, 2010

MOM OF THREE

Salam, dah lama tak update blog ni…

Sebenaqnya, aku baqu masuk qeja lepaih cuti panjang 2 bulan. Kadang-kadang seqonok jugak kalau tak qeja. Byk benda boleh buat. Tapi bila dah lama2 duk qumah..naik boring pun ada..qasa diqi takdak kemajuan.

Dipendekkan ceqita..aku la ni dah ada 3 hero..opps!!4 hero termasuk laki aku (consider anak sulung lah tu,he!!!he!!). 30 July lepaih, aku bersalin anak ke-2 dan ke-3. Lebih kuqang “buy 1 free 1”. Aku namakan depa dua oqang ni “IHSAN MUQRI” + “IRSYAD MUQRI”. Ramai gak yang heqan pasaipa tak bubuh nama “MUSTAQIM” kat belakang mcm abg depa???? Aku ada alasan aku sendiqi..sebab anak pertama selalunya mak bapak excited nak bagi nama panjang2…tapi bila dah masuk anak ke-2, kuqang la skit nak pikiaq pasai nama sebab nak kena pikiaq pasai benda lain pulak. Bak kata mak aku “Apa ada pada NAMA?”

Talking about my sons…masa bawak balik babies kat qumah, Nafiz lain ja muka dia. Mungkin dia culture shock..sebab tetiba dia ada 2 adik seqentak..kesian, kesian la jugak..tapi ya la…semua tu kan rejeki dari Allah. Aku tak kaya harta tapi aku kaya anak….

Tapi sekaqang dah nak masuk 3 bulan, Nafiz dah boleh adapt dengan adik2 dia..Cuma takleh tinggai dia ngan adik2 dia, sebab satgi adala, bantai ataih muka la…. Haqi tu masa balik kampung, dia suap muruku kat adik2 dia.. nasib baik sempat tengok. Kalau dak…tak taulah apa jadi.

Masa dalam pantang dulu, mak yang jaga aku … mak mentua????? Hmmmm..jauh panggang dari api.. qasanya baru 3 kali dia mai jenguk cucu2 dia. Takpalah, aku tak heqan pun… kalau oqang cakap aku “menantu hantu” pun aku tak kisah. Sebab Allah tau apa yang aku qasa selama ni.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pagi

Salam..selamat pagi. Permulaan hari yang agak perlahan. My sister, Kak Iza dah selamat bersalin baby boy kat Ampang Putri yesterday. 3.2kg. Besar jugak baby boy...Makin terasa dekat lak turn aku...some more bersalin kat gov hospital..lagi la menakutkan...bukannya apa tak dak pengalaman. Nafiz dulu, bersalin kat KBMC...harga memang mahal.

InsyaAllah....ptg ni..ingat nak gi tgk baby baru.....

Wednesday, June 9, 2010

"NEWBORN BABY"

salam..congrats to kak iza..baru dpt baby yang ke-9 hari ni....rasanya baby boy kut. Makin takut lak bila dgr kak iza dah bersalin. Aku ja..lom lagi...Tak taulah....harap2 semuanya selamat. Bertambahla lagi anak sedara aku....salute la kak iza..pecah record..9 anak..sama byk dengan mak...untung esok tua2...byk pilihan nak dok ngan sapa....he!!!he!!!!

Congrats again......

"A THOUSAND THANX"

Seronoknya kalau weekend ada 5 hari..weekdays ada 2 hari...he!!he!!!Inilah konsep KALAU. Last Saturday, 5 June 2010, birthday my sister, Kak Linda. Happy birthday sis...may happiness with you always.
As usual, Saturday is the "Guest Day"...every Saturday, kakak2 aku akan dtg umah..lepak2...lucky my hubby jenis yang tak kisah..alah lagipun dia bukan dok umah pun ..weekend bagi dia..hari yang sgt sibuk..badminton, bola, futsal...nasib baik netball bukan favorite game..kalau tak..qasanya..netball pun dia hentam.
Seperti biasa...sesi mkn2, pi beli Big Apple Donuts...sedap..tambah2 Pn Sarimi belanja...he!!he!!!
Topic yang tak pernah lekang dari mulut kami....business online. Well, kali ni cuma membantu Pn Saros..bagi idea..nak masukkan material dlm website. Oklah tu..
Ahad..kak linda mai. Thanx sis, sebab beli barang2 baby...baju nafiz...a thousand thanx to all my sisters for ambik berat pasai aku.
A thousand thanx also to Pn Sarimi (sebab beli baju baby), Pn Saros (sebab bagi baju baby...eventhough Sofia punya...apa salahnya...cousin...elok2 lagi...), Kak Iza (sebab bagi pinjam baju gi interview..he!!he!!he!!) ngan mak (sebab bersengkang mata jahit bantal baby ngan bantal nafiz) ......Hopefully, satu hari nanti Tuhan dpt bagi aku peluang untuk balas balik jasa2 diaorg semua.
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....................

Tuesday, June 8, 2010

"STRESS GILER"

Hari ni stress giler...dgn perangai bos yang menyakitkan hati. Byk cekadak...ada ja yang tak kena. Talking about my job...ish...qasa nak tender ja resignation. Semua benda tak kena kat mata dia...Nasib baik la aku mkn gaji...kalau tak...dah lama aku blah...dah maleh nak qeja kat sini dgn boss mcm tu.


Kemaqin, MC.."tergolek dok" kat tangga flat...nasib baik tak dak apa2..nafiz pucat muka tgk aku jatuh..tak pernah tgk kut...

Talking about nafiz, dah byk ckp sekarang. Tapi oklah..takla ckp benda pelik2...cuma dah pandai atoq ayat...sweet sgt bila dgq dia ckp..atau bersembang ngan aku atau ayah dia.

Friday, June 4, 2010

"WEEK 30"


Salam... dah jumaat dah..hari ni staff aku cuti. Ada interview katanya. Oklah..good for her...sebab dah tender resignation pun...at last after 4 years dia dpt keluar dari PKF....i'm happy for her...


Aku?Still kat sini?Hmm...yalah...tgh2 mengandung ni..mana ada org nak ambik kijer...interview kat Shean Delamore last week pun, org tu ckp lama sangat...eventhough dia memang eager nak amik aku...


Takpalah, rezeki ada kat mana2...tgklah nanti after confinement..mana tahu first day masuk kijer aku tender ka....my favourite boss (SMI) pun dah nak blah...i'm wasting my time for 6 years here...no one appreciate it...


Hari ni dah masuk minggu ke-30, anak-anak aku bergerak2...lasak jugak ni..cam abg dia...


Nafiz?Makin manja...but sweet. Mlm tadi nak tidoq ataih qiba aku....teringat masa kecik2 goyang dia ataih qiba...berganti2 ngan mak. A thousand thanx to mak coz mak byk bantu aku baik dari segi tenaga jugak kewangan. Kalau tak dak mak..susah gak pasai bila sesak...maklah tempat aku mengadu...cannot imagine bila mak dah tak dak kat dunia ni nanti.


Untuk mak, aku akan cuba jaga dia sebaik mungkin..agar dia rasa comfortable stay ngan aku. Mungkin aku tak kaya..sekurang2nya aku berpeluang menjaga mak, makan minum mak...dan keselesaan mak sementara dia masih ada...


Ya Allah, berkatilah hidup ku...berikanlah hidayah dan petunjuk..agar aku dapat menjadi seorang anak, adik, ibu dan isteri yang terbaik disisiMu...Amin.....

Thursday, June 3, 2010

"HAPPY 4TH ANNIVERSARY"





Today, 3 June..anniversary aku yang ke-4. sekejap ja...dah 4 tahun..hmmm..byk jugakla cabaran yang aku kena tempuhi sepanjang 4 tahun perkahwinan kami....

As usual, every year, no celebration, no wish...no gifts..

Aku terima jerla...dah dapat suami cam tu..yg tak particular pasal aku....tapi particular lak pasal orang lain...

Ya Allah, demi anak-anakku, Engkau berkatilah hubungan kami semoga berkekalan hingga akhir hayat...Aminnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 1, 2010

"WESAK DAY - BALIK KAMPUNG"

Wesak day ..public holiday. Tak plan pun nak balik kampung...tapi suddenly mak bagitau umah kat kampung org pecah masuk..hmm, kesian lak kat mak. Takkan nak bagi dia susah hati...at last kami balik jugak aloq setaq on Friday morning..bersemangat nak balik kul 5, tgk2 kul 7 pagi baqu bertolak..thanx to hubby sebab understand mak punya situation. One thing about hubby, dia ni tak "selfish". Well, walaupun 100% financially supported by mak...he!!he!!Ya la..lom dpt gaji maa....
3 haqi qasanya tak cukup ...miss my hometown very much.
Esok ada interview kat SPA. Wish me luck..aku dah tak tahan nak qeja kat sini..dengan management baru...dengan perangai bos yang buat aku makin menyampah qasanya...racist...semualah cukup sifat...at last after 6 years aku menghambakan diri kat PKF, this is the time yang aku patut keluaq daqi kepompong " kap wau mim ya nun ya sin" .....

Thursday, May 27, 2010

"BUNGA PUDAK"

Pernah dengar kuih bunga pudak? Hmm..teringat Long Dat dok buat kat Saros ngan Imi (hantaran) sedap...susun satu, mkn satu...besalah...tu memang kuih favourite aku...Tapi la ni..Long Dat dah nyanyuk..takleh la nak mintak buat kuih tuh..dok jugak caqi resepi kat internet..alhamdulillah jumpa...nak try buat esok...

Kalau ok......boleh buat juai...ha!!!ha!!!ha!!!

Tuesday, May 25, 2010

"Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8"

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Chorus

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(Ulang Chorus)
Kebahagiaan dalam perpisahan

Thursday, May 20, 2010

"TAK PAHAM INSTRUCTION"

"TAK PAHAM INSTRUCTION"...hari ni nak ceqita pasal this sentence. Apa yang kita paham tentang sentence ni. Kita nak blame saper? Adakah org yang bagi instruction atau org yang terima instruction. He!!He!!Aku mengalami situasi tu hari ni..well, pelik pun ada..bukannya ckp bhs asing pun...bahasa melayu...tulah org melayu selalu tak nak alert dengan instruction yang diberi..selalunya dia akan paham secara luaran, bukan disebalik pernyataan. Naik geram pun ada..sebab deliverable tak seperti yang diarahkan...


Wednesday, May 19, 2010

"Kembali....Episod 2"

Hai...kembali lagi. Hari tu tak sempat nak sambung sebab bos tetiba lak panggil. Citer pasal qeja..tak pernah habis..sekarang ni qeja dah makin bertambah...GAJI?????bila lak nak bertambah. Tunggu jerla..tapi aku takkan tunggu lelamanyer..dah la anak nak masuk tiga..mana cukup nak survive...
"SURVIVE"...takut bila analyse balik this word..selama ni aku survive..Tuhan ja yang tahu...I AM A SURVIVOR!!!!My sisters mesti gelak bila aku ckp camtu...
Permulaan tahun 2010 agak mencabar dlm hidup aku..i have to sacrifice to somebody. At first, memang aku tak nak settle his problems..but, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi dalam konteks aku ni, qasanya..beqat mata yang memandang. Tulah, one thing about aku..mudah kesian. Tak kisahlah kat sapa2 pun...mungkin ada yang kata aku terlalu memberi..sampaikan "dia" takleh nak "independent". Tapi tulah insan yang bergelar "LELAKI" susah nak appreciate apa yang kita "PEREMPUAN" ni sacrifice utk diaorg...
Terhenti seketika...."IAFG"..teringat last year main netball untuk lawan IAFG..kelakar giler..kalah ngan BDO...semangat tu yang penting. Tapi tahun ni..tak join...bawak pequt...company aku tuan rumah untuk IAFG tahun ni.Scary jer dengaq...ada ka player?

Monday, May 17, 2010

"Kembali...."

Salam....rasanya dah lama tak update blog aku ni. Hari ni tetiba terasa sayu sangat. Tetiba teringat arwah ayah. Entah kenapa..kalau aku kuat dan boleh drive, dah lama aku amik cuti bawak mak balik.
Bila tgk gambar kampung (after demolishment) yang my sister amik last week, sedih sgt..dah tak nampak memori2 lama masa aku kecik2 dulu..main2 kat depan tangga tokwan.
Well, life must go on..harap sgt lepas bersalin nak balik kampung awai skit..nak stay there for a few weeks till raya. Bila lagi nak bercuti panjang...hopefully, dapatlah balik...bawak anak-anak aku. Nafiz ngan adik-adiknya.
Citer pasal nafiz, dia dah 3thn last 30th April. Hmm..quite happy tgk dia membesar dan petah bercakap. Dah boleh disuruh..skit2 la..tapi bila byk kali disuruh, dia akan jawab "penatlah, ibu....". He!!he!!kadang-kadang nak tegelak pun ada. Hilang rasa letih lepas buat qeja...ya, dialah buah hati pengarang jantung aku walaupun...selalu gaduh ngan aku compare to ayah dia.
Tapi, bila tak nampak kelibat aku..dia akan mula cari...ibu mana?ibu mana?sampailah dia dpt jawapan dr ayah atau tok dia. Sebut pasai tok dia...hmmm..nafiz very close ngan tok dia (mak den ok??). Yalah..mak jaga dia dr kecik...
alah..nak kena sambung qeja. bos dah panggil...chow dulu.

Friday, March 19, 2010

SELAMAT HARI JADI IBU

"19 MARCH....Hari ni hari jadi mak yang 72...Selamat Hari Jadi mak. Semoga mak diberi kesihatan yang baik dan diberi seribu keberkatan...."

Thursday, January 28, 2010

Permulaan tahun ini..penuh dgn dugaan. Aku hampir rebah dengan semua dugaan ini. Ya Allah, berilah aku kekuatan berdepan dengan dugaan yang kau berikan.

Tahun ni juga aku bakal melahirkan anak kedua. InsyaAllah.

Ramai yang tak begitu gembira bila mengetahui yang aku "pregnant" lagi. Lebih2 lagi mak...mak takut aku tak mampu nak menanggung dari segi kewangan. Agak sedih jugak..tapi tulah..bukan aku yang pinta. Mungkin Allah berikan aku rezeki dalam bentuk zuriat. Alhamdulillah. Aku akan cuba bahagiakan anak-anakku...walau susah macam mana pun.

Untuk nafiz dan adik, ibu akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan anak-anak ibu. Ibu sayang sangat2 korang.




Wednesday, January 20, 2010

20 January

Salam, hari ni 20 January 2010. Genap 6 tahun arwah ayah pergi menemui Ilahi. tapi jauh di sudut hati ini, aku terlalu merinduinya.

Hari ini, jam 6.20 pagi, 6 tahun yang lalu....ayah dijemput pergi. Masa tu, yang ada cuma aku, mak, kak Imi, kak Linda dan abg En. Betapa luluhnya hati bila nurse cuba selamatkan ayah, namun Allah lebih menyayanginya. Kami semua dha tak mampu nak menahan air mata bila nurse sahkan yang ayah telah pergi untuk selamanya.

Jenazah ayah dibawa pulang dengan menaiki van jenazah. Semasa didalam van, aku tak mampu nak menahan kesedihan yang teramat sangat. Bila van jenazah memasuki perkarangan rumah, kulihat ramai rakan taulan ayah setia menanti. Walaupun ramai org ketika itu, tapi aku masih rasakan suasana itu begitu sunyi.

Kulihat mak dah tak berdaya lagi bila jenazah ayah diturunkan dari van. Ketika itu perasaanku bercampur baur. Sedih, marah, semuanya ada....

Aku tidak boleh menerima hakikat yang ayah pergi terlalu awal dari yang kusangka.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu. Engkau tempatkanlah roh ayah dikalangan orang2 yang beriman...Amin.....



Wednesday, January 13, 2010

Lemon-T

Kerana Janji

Biarpun tidak ku ucapkan
Kau masih ku kenang
Walau lama tak bertemu
Senyummu wajah mu terbayang di mata ku

Biarpun hanya seketika
Mesranya terasa
Sekilas hampir ku terlupa
Diantara kau dan aku ada dia

( korus )
Ku tak mengerti
Mengapa terjadi begini
Sekian lama diri ku terpenjara
Menangis tanpa suara

Lantaran berpegang pada janji semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai
Ikatan itu sempadan menguji kesabaran
Malang di dalamnya aku terkorban

( ulang korus )

Andainya kau mendahului bertakhta di hati
Mungkin ku berseri tak seperti ini
Terpenjara kerana janji
Mungkinkah... mungkinkah

"TERLANJUR MENCINTAIMU - FAIR"

Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa

Kau bandingkan ku dengar kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari

Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawapan pasti
Dengan tulis suci tanpa jawapan pasti

Thursday, January 7, 2010

JANUARY 2010

7 January 2010. Dah 7 days kita kat tahun 2010...dan aku pun dah menjangkau 30 tahun 3 hari lepas.....

Well, nothing special actually...permulaan tahun yg agak kurang baik...

Nak citer panjang...tak yah lah kan....