Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, January 28, 2010

Permulaan tahun ini..penuh dgn dugaan. Aku hampir rebah dengan semua dugaan ini. Ya Allah, berilah aku kekuatan berdepan dengan dugaan yang kau berikan.

Tahun ni juga aku bakal melahirkan anak kedua. InsyaAllah.

Ramai yang tak begitu gembira bila mengetahui yang aku "pregnant" lagi. Lebih2 lagi mak...mak takut aku tak mampu nak menanggung dari segi kewangan. Agak sedih jugak..tapi tulah..bukan aku yang pinta. Mungkin Allah berikan aku rezeki dalam bentuk zuriat. Alhamdulillah. Aku akan cuba bahagiakan anak-anakku...walau susah macam mana pun.

Untuk nafiz dan adik, ibu akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan anak-anak ibu. Ibu sayang sangat2 korang.




Wednesday, January 20, 2010

20 January

Salam, hari ni 20 January 2010. Genap 6 tahun arwah ayah pergi menemui Ilahi. tapi jauh di sudut hati ini, aku terlalu merinduinya.

Hari ini, jam 6.20 pagi, 6 tahun yang lalu....ayah dijemput pergi. Masa tu, yang ada cuma aku, mak, kak Imi, kak Linda dan abg En. Betapa luluhnya hati bila nurse cuba selamatkan ayah, namun Allah lebih menyayanginya. Kami semua dha tak mampu nak menahan air mata bila nurse sahkan yang ayah telah pergi untuk selamanya.

Jenazah ayah dibawa pulang dengan menaiki van jenazah. Semasa didalam van, aku tak mampu nak menahan kesedihan yang teramat sangat. Bila van jenazah memasuki perkarangan rumah, kulihat ramai rakan taulan ayah setia menanti. Walaupun ramai org ketika itu, tapi aku masih rasakan suasana itu begitu sunyi.

Kulihat mak dah tak berdaya lagi bila jenazah ayah diturunkan dari van. Ketika itu perasaanku bercampur baur. Sedih, marah, semuanya ada....

Aku tidak boleh menerima hakikat yang ayah pergi terlalu awal dari yang kusangka.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu. Engkau tempatkanlah roh ayah dikalangan orang2 yang beriman...Amin.....



Wednesday, January 13, 2010

Lemon-T

Kerana Janji

Biarpun tidak ku ucapkan
Kau masih ku kenang
Walau lama tak bertemu
Senyummu wajah mu terbayang di mata ku

Biarpun hanya seketika
Mesranya terasa
Sekilas hampir ku terlupa
Diantara kau dan aku ada dia

( korus )
Ku tak mengerti
Mengapa terjadi begini
Sekian lama diri ku terpenjara
Menangis tanpa suara

Lantaran berpegang pada janji semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai
Ikatan itu sempadan menguji kesabaran
Malang di dalamnya aku terkorban

( ulang korus )

Andainya kau mendahului bertakhta di hati
Mungkin ku berseri tak seperti ini
Terpenjara kerana janji
Mungkinkah... mungkinkah

"TERLANJUR MENCINTAIMU - FAIR"

Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa

Kau bandingkan ku dengar kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari

Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawapan pasti
Dengan tulis suci tanpa jawapan pasti

Thursday, January 7, 2010

JANUARY 2010

7 January 2010. Dah 7 days kita kat tahun 2010...dan aku pun dah menjangkau 30 tahun 3 hari lepas.....

Well, nothing special actually...permulaan tahun yg agak kurang baik...

Nak citer panjang...tak yah lah kan....