Salam, hari ni 20 January 2010. Genap 6 tahun arwah ayah pergi menemui Ilahi. tapi jauh di sudut hati ini, aku terlalu merinduinya.
Hari ini, jam 6.20 pagi, 6 tahun yang lalu....ayah dijemput pergi. Masa tu, yang ada cuma aku, mak, kak Imi, kak Linda dan abg En. Betapa luluhnya hati bila nurse cuba selamatkan ayah, namun Allah lebih menyayanginya. Kami semua dha tak mampu nak menahan air mata bila nurse sahkan yang ayah telah pergi untuk selamanya.
Jenazah ayah dibawa pulang dengan menaiki van jenazah. Semasa didalam van, aku tak mampu nak menahan kesedihan yang teramat sangat. Bila van jenazah memasuki perkarangan rumah, kulihat ramai rakan taulan ayah setia menanti. Walaupun ramai org ketika itu, tapi aku masih rasakan suasana itu begitu sunyi.
Kulihat mak dah tak berdaya lagi bila jenazah ayah diturunkan dari van. Ketika itu perasaanku bercampur baur. Sedih, marah, semuanya ada....
Aku tidak boleh menerima hakikat yang ayah pergi terlalu awal dari yang kusangka.
Ya Allah, aku bermohon kepadaMu. Engkau tempatkanlah roh ayah dikalangan orang2 yang beriman...Amin.....

0 comments:
Post a Comment