Salam, lama tak update blog...last Sunday was a wonderful moments bila boleh jumpa kakak-kakak dalam satu masa. Venue: Tanjung Malim, abg en's house. Happy bukan sebab boleh makan..happy sebab dpt jumpa adik beqadik semua.
Berbalik kepada tajuk ....PENAMPILAN VS RM ...he..he..he..Episode 2..
Hari ni, on the way ke tempat qeja...saya ditegur lagi..."ibu, cubalah make up skit"..hmm..hari tu pasal baju..ni pasal makeup lak...alo..anak2 cikgu hasbullah semua natural beauty kay...?masa bercinta dulu pun...mana makeup..seee...qamai jugak yg berkenan...pada mulanya saya diam ja...tapi bila dah dok compare ngan pompuan yg dok jln pi qeja tepi2 tu...saya rasa it's enough..
sayapun jwb... "bagilah duit..jgn dok komplen ja"...terus diam
Tulah suami2 kat malaysia ni..nak isteri cantik, vogue..tapi bila mintak belikan ...senyap...!!!!
Takpa, takpa...yg penting anak2 saya cukup mkn , cukup pakai..semua tu tak penting bagi saya..as long as saya selesa dgn diri saya sendiri...
Tuesday, March 8, 2011
PENAMPILAN VS RM (EPISODE 2)
Wednesday, February 16, 2011
PENAMPILAN VS RM
Salam..hari rasa malas sgt nak dtg kijer...tapi nak simpan cuti..plan nak balik kampung this end of feb...
Pagi tadi, tak sempat nak masak kat mak..saya sempat goreng telur ngan panaskan sardin semlm kat mak..mak, saya minta maaf...tak sempat sebab putera sulung saya bangun, meragam...nak dukung ja..nasib baik adik2 dia faham..so, diaorg tidur buat pekak telinga ja..dgr abg diaorg meragam...tu yg tak sempat masak.
Nasib baik suami antar sampai opis...taklah letih sgt. Entah pasaipa, saya muntah2 pagi ni..pening..salah mkn kut..semlm pi lunch ngan sister-sister saya...best..seronok sgt boleh lunch together2...lagi best kalau hubby, mak ikut...mcm2..semlm, ramai yg emosi tak stabil...lantaklah...yg penting saya happy. Nak pk perasaan org, sampai bila...perasan kita org tak pernah lak pk..betul tak?itulah yang dikatakan "lumrah alam"
semasa dlm kereta, suami saya tegur pasal penampilan saya...asyik pakai baju kurung ja..kain baju kurung pun zaman kain licin..org dah tak pakai dah..hmm, sedih jugaklah...malas nak bertekak saya diam saja..dlm hati, nak ubah penampilan, kena pakai duit cik abang...ingat boleh pakai ayaq lioq ka?
kalau saya asyik pentingkan penampilan, anak2 nak mkn apa..? nak pakai apa? apa yang penting sekarang..anak2 saya...syukur alhamdulillah, sebab saya boleh kutip baju kakak saya yg dia dah tak mo pakai.alah, kakak sendiri takpa...itulah nasib saya.........the end....
Monday, February 14, 2011
Menanti Di Barzakh Far East
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
KEMATIAN ITU PASTI
Kullu Nafsin…Zaaikatull Maut…..
Yang bermaksud…
Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati!
Ya...hari ni agak menyedihkan bagi saya. Kebetulan suami saya parking kereta sebelah kereta arwah. Saya baru 4 tahun mengenalinya sebagai salah seorang penghuni Pangasapuri Setapak Jaya 1B , Blok 29..arwah merupakan seorang hamba Allah, seorang ayah yang mithali. Membesarkan 3 puterinya hingga berjaya ke menara gading. Saya amat mengagumi kecekalannya sebagai seorg ayah membesarkan anak2nya tanpa isteri di sisi. Setahu saya, isteri arwah meninggal kira -kira 12 tahun yang lalu akibat kanser. Sungguh tabah hati arwah, tidak mencari pengganti walaupun hakikatnya naluri seorg lelaki perlu dipenuhi.
Petang jumaat, 11 Feb 2011 , 7 ptg..saya sampai diperkarangan rumah saya...ketika menaiki tangga saya tgk ada sebuah ambulan berhenti di depan blok saya..kebetulan suami saya outstation, jadi saya minta jasa baik kakak saya untuk mengambil saya dan anak2..alhamdulillah dia sudi membantu. Saya syak pak cik hassan yg tinggal satu row ngan rumah saya ...rupanya bila sampai tingkat 2.. saya nampak kakitangan ambulan keluarkan arwah dr rumah..saya tanya untie kat situ..dia kata yusof...terkejut sebab tgk dia sihat saja...tambahan masih mudah ladi..umur dlm lingkungan 48 cam tu la...
Saya bermlm di puchong mlm tu..bila balik rumah mlm tadi..saya tgk ramai org dekat surau. Pelik sebab selalunya mlm jumaat ja ada tahlil..jadi instinct saya dah rasa cam abg tu dah meninggal..tu yang bila pagi tadi ada peluang untuk bertanya...saya terus tanya. Akhirnya, instinct saya betul...innalillahiwainnailaihiraji'un..semgoa roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..amin...Al-Fatihah.
Firman Allah swt lagi….dalam surah An-Nisaa ayat 78 yang berbunyi …
Yang bermaksud…
Di mana saja kamu berada, pasti kamu akan menemui kematian, sekalipun kami berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh.
Dan firman Allah lagi…dalam surah An-Nahl, ayat 61 yang berbunyi
Yang bermaksud..
Apabila seseorang itu sudah sampai ajalnya, maka ia tidak boleh dilewatkan atau pun dicepatkan walau sesaat jua pun.
Monday, December 13, 2010
CHILDHOOD


Gambor waktu kecik2....masa ni....qasanya around 87 to 90. Ada satu gambar masa baby.
Seronok masa ni...gambar ni dihantar oleh kak nana. Actually nak masuk contest..tu yg mintak tu. Tapi nampak cam tak cun ja....maleh la...
imi..nanti aku upload gambaq masa kita kuquih keding....cam penagih dadah...dok qenyeh kat pintu dapoq...he!!he!!!he!!!
Tuesday, December 7, 2010
I’M NOT Ê ONLY ONE
SALAM MAAL HIJRAH 1432H. Aku harap penghijrahan yang aku buat ini berkekalan. Amin....
Hari ni cuti. Bestnya...Awal Muharam. Tapi laki aku tetap kena qeja. Takpalah..dia caqi duit. Kak Linda mai petang ni...thanx kak linda for everything. Tak tahu camna nak balas budi baik kakak2 aku..
Talking about life...tak semua org bernasib baik dan tak semua org tak bernasib baik. Kadang2 kita ingat hidup kita lah yang paling susah...tapi, qupanya ada jugak org yang senasib ngan kita. Aku tersedar bila someone remind me...dan tiba saat ini aku harus menerima apa yang telah ALLAH tentukan untukku...AKU REDHA....
Tuesday, November 30, 2010
RENUNGAN
"Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu lalai dan leka dalam menjalani perintahMu...tunjukkanlah aku jalan yang Kau redhai. Amin"
AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
"Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu lalai dan leka dalam menjalani perintahMu...tunjukkanlah aku jalan yang Kau redhai. Amin"
AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..
Wa'allahualam




